BAB 1:  MASYARAKAT

 

1.1   PENGENALAN

1.1.1       DEFINISI MASYARAKAT

Penafsiran kepada konsep ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu Negara dan Bangsa. Dalam usaha memahami konsep Negara bangsa terdapat beberapa definisi yang perlu difahami iaitu Negara,  Bangsa, Ras dan Etnik (penekanan kepada konsep Negara Bangsa).

Istilah negara telah diberi takrifan seperti yang dikemukakan oleh sarjana antaranya Harold J.A Laski &  R.A Dahl. Harold J.A Laski (1984 ), menyatakan Negara sebagai satu kelompok masyarakat yang bersatu & mendapat kuasa yang sah disisi undang-undang. Kuasa itu mengatasi kuasa-kuasa lain yang dimiliki oleh orang perseorangan atau kumpulan yang merupakan sebahagian drpd masyarakat itu.[1].

Robert A. Dahl (1983) menyatakan bahawa negara adalah satu sistem politik yang didirikan oleh orang yang mendiami satu wilayah yang tetap dan mempunyai kerajaan yang memerintah wilayah tersebut.

Menerusi  dua takrifan tersebut, maka “Negara” dapat diistilahkan sebagai satu unit politik yang mempunyai penduduk yang menetap di satu kawasan wilayah dengan memiliki sempadan yang jelas.

Manakala penduduk itu pula diperintah oleh sebuah kerajaan yang mempunyai kedaulatan & diakui sah pemerintahannya serta berkuasa untuk mengubal & melaksanakan undang-undang serta peraturan yang harus dipatuhi oleh rakyat.

Negara yang cuba diterangkan itu adalah merujuk kepada Negara Malaysia yang mempunyai 13 buah Negeri serta bentuk pemerintahan Persekutuan yang didasari dengan Konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Manakala istilah Ras @ Etnik pula, kadangkala dilihat kabur dan kadangkala digunakan bertukar ganti, Contohnya Orang Melayu, Cina dan India bukan hanya dikenali sebagai kelompok Ras tetapi juga dekenali sebagai kelompok Etnik.[2] Hal ini berlaku kerana kedua-dua konsep Ras dan Etnik ini sukar untuk di buat satu perbezaan. Oleh kerana itu, istilah ini seringkali digunakan secara bergilir-gilir.

Manakala Etnik pula, merujuk kepada anggota masyarakat yang mempunyai rasa kekitaan serta ingin memperlihatkan perbezaan ciri-ciri antara mereka dengan orang lain.[3]

Seterusnya istilah Bangsa pula mempunyai maksud yang lebih luas jika dibandingkan dengan Ras atau Etnik. Contohnya : Merujuk kepada kumpulan masyarakat yang tinggal di satu ruang wilayah yang mempunyai sempadan tetapi masih lagi dalam satu kerajaan yang sama serta mentaati undang-undang yang sama.

Secara keseluruhannya, Negara Bangsa merujuk kepada sebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa ada pemisahan sama ada dari segi keturunan, kaum, agama, bahasa, budaya, daerah dan lain-lain.

Rakyat yang mendiami kawasan tersebut juga yakin dan percaya kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan.[4] Sebagai contoh: di Malaysia, komponen yang membentuk Negara bangsa Malaysia ialah Negara, Bangsa, Kerajaan dan Perlembagaan Persekutuan.

 

 

Penilaian perlu dibuat, pembentukan Negara bangsa Malaysia bukanlah suatu perkara yang mudahkerana melalui sejarah terdahulu terdapat pelbagai cabaran dan halangan kearah pembentukan Negara bangsa serta mencapai Negara maju menjelang 2020.

 

1.1.2       LATARBELAKANG PENDUDUK ASAL

Terdapat beberapa pendapat yang telah memperkatakan tentang keberadaan masyarakat Malaysia yang ada kini. Antara tokoh yang memberirespon terhadap hal ini antaranya adalah Sarasin Bersaudara (1892/93) dan Heine-Geldern (1932) dan Peacock. Beliau berpendapat bahawa orang Melayu:

berasal dari wilayah Yunnan melalui dua gelombang iaitu  Melayu Proto (antara tahun 3000-2500 SM) dan Melayu Deutro(antara tahun 1500 SM-300 M.)”.

Justeru itu, terdapat satu lagi teori yang memperkatakan tentang kelompok penduduk peribumi yang merupakan penduduk asal Malaysia. Hal ini berdasarkan kepada satu teori yang dikemukan oleh Prof. Dr. Wan Hashim Wan Teh (1970-an):

“....terdapat tiga fenomena iaitu 1. antara 2 -3 juta tahun dahulu terdapat tiga jenis manusia pr-moden iaitu Australopithecus, Pithecanthropus (homo Erectus) dan Neanderthalpernah  mendiami alam Melayu. 2. Wujud manusia moden di alam Melayu kira-kira 35,000 tahun lalu (dikatakan manusia bertamadun) dan 3. sebelum pleistosen kira-kira 10,000 SM, telah wujud di alam Melayu kehidupan manusia yang tergolong dalam kategori manusia moden”.

Beliau merumuskan, berdasarkan bukti arkeologi, etnologi dan linguistik jelas    bercanggah dengan teori migrasi ras Melayu dari utara ke selatan

 

1.2   CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK

 

Dalam konteks memahami kerangka masyarakat Malaysia beberapa konsep perlu diteliti serta difahami untuk memudahkan pemahaman tentang perkara tersebut. Antaranya konsep masyarakat majmuk dan masyarakat pelbagai kaum, menurut J.S Furnival, masyarakat majmuk ialah masyarakat yang hidup berdampingan, tetapi berlainan dalam satu entiti politik. Walaupun pendapat Furnival itu mengambil contoh Burma dan Indonesia tetapi sebenarnya perkara yang sama juga turut berlaku di sekitar Tanah Melayu.

Dengan kata lain, pendapat Furnival itu dapat difahami sebagai satu masyarakat yang hidup bersama tetapi tidak bersatu. Setiap kaum mempunyai bahasa, budaya, agama dan nilai pemikiran yang berbeza. Setiap perhubungan itu lebih bersifat ekonomi iaitu dalam urusan jual beli[5].

Masyarakat pelbagai kaum yang tidak lagi dicirikan oleh perbezaan yang besar di kalangan mereka. Ini bermakna masyarakat kepelbagaian mempunyai ciri-ciri yang berlawanan dengan ciri-ciri masyarakat majmuk.[6]

Ciri-ciri masyarakat majmuk adalah seperti:

a.     Pelbagai jenis manusia

b.     Bercampur tetapi tidak bersatu

 

c.     Berdekatan tetapi berpisah dalam sistem politik yang sama atau penempatan berasingan

d.     Berpegang kepada budaya, agama, bahasa, idea, dan kaedah sendiri

e.     Bergaul tetapi tidak bercantum

f.      Pengasingan pekerjaan mengikut kaum

 

1.3    FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia khususnya disebabkan oleh tiga factor utama iaitu Penjajahan British, Perkembangan Sektor Ekonomi dan Penghijrahan Kaum Dari Luar Malaysia.

1.3.1       Penjajahan British

Ia merupakan faktor utama terjadinya masyrakat majmuk di Malaysia dan ia  juga sebenarnya telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam sejarah pentadbiran Negara.

Semasa British mentadbir Tanah Melayu, pelbagai cara telah dibuat untuk mengubah sistem pemerintahan kerajaan tradisi kepada pemerintahan bercorak barat. British juga telah memperkenalkan system ‘Divide & Rule’ iaitu pecah dan perintah yang mana mereka telah membahagikan kawasan mengikut provinsi tertentu kemudian memerintah kawasan tersebut mengikut cara ‘ kesatuan’

Dasar British ini telah menyebabkab ketiga-tiga kaum itu hidup berpisah antara satu sama lain. Melalui Dasar ini juga British telah menentukan peranan setiap untuk tidak berinteraksi antara kaum tersebut. British tidak mahu tiga kaum utama itu bersatu dan seterusnya akan menentang pihak British.[7]

 

1.3.2       Perkembangan Sektor Ekonomi ( Getah dan Bijih Timah)    

Kemajuan ekonomi Tanah Melayu serta permintaan yang tinggi terhadap bijih timah dan getah dipasaran dunia (Revolusi Industri di Eropah) telah menyebabkan Pihak British mula sedar bahawa pembangunan ekonomi tanah melayu berjalan lancer jika terdapat bekalan buruh yang banyak dan murah. Maka telah memberi peluang kepada kemasukan imigran secara beramai-ramai ke Tanah Melayu.[8]

Perkembangan kepada pembukaan kawasan perlombongan Bijih antaranya di Larut 1850 dan Selangor 1860.[9]

Kemasukan imigran dari India yang dibawa oleh British sekitar awal abad 20 ekoran daripada perusahaan automobile di Amerika yang amat pesat membangun.

Permintaan yang tinggi telah menyebabkan lebih banyak kawasan baru di buka untuk tanaman getah.[10]

 

1.3.3       Penghijrahan Kaum Dari Luar Tanah Melayu

Ekoran kedatangan golongan imigran ini, secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya kepelbagaian dalam masyarakat dan seterusnya membawa kepada kemajmukan dalam masyarakat di Tanah Melayu ketika itu.

Terdapat beberapa faktor penghijrahan golongan imigran yang boleh dikelaskan sebagai factor penolak dan faktor penarik.

a.             Faktor penolak :

 

Pertambahan penduduk sama ada di India mahupun di China. Negara India misalnya, pertambahan penduduk yang begitu pesat sehingga menyebabkan kekurangan dari

 

segi pengeluaran dan pembekalan makanan. Maka ia telah menyumbang kepada masalah kemiskinan yang kronik[11].

Ketidakstabilan Politik, sebagai contohnya, China. Ia adalah kerana pemberontakan  dan cubaan mengulingkan Dinasti Manchu di Kwangtong dan Kwansi oleh orang cina yang berbangsa Han

Bencana Alam. Di India, kerap berlaku banjir besar dan kemarau yang melampau telah menyebabkan pengeluaran hasil tanaman semakin merosot. Begitu juga hal yang berlaku di China, sehingga memaksa mereka berhijrah ke Tanah Melayu.

 

b.             Faktor Penarik :

Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu yang amat memberangsangkan telah menarik minat imigran cina dan India untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Ia adalah kesan daripada aktiviti perlombngan bijih timah dan perusahaan getah yang dijalankan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu.

Kedatangan imigran ini juga adalah bagi memenuhi keperluan buruh-buruh dalam kedua-dua perusahaan tersebut. Contohnya, perlombongan bijih timah dikuasai oelh imigra cina dan perusahaan getah di monopoli oleh buruh dari India[12].

 

1.4    IMPAK KE ATAS PEMBINAAN NEGARA BANGSA

1.4.1       POLITIK

a.     Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza

Bagi kaum cina dan India,mereka lebih pentingkan hal-hal politik yang berlaku di Negara asal mereka berbanding apa yang berlaku di Tanah Melayu. Cth : 1930,berlaku pergeseran antara orang cina dengan Jepun di China telah mendorong masyarakat cina di Tanah Melayu kembali ke China untuk membantu sanak saudara mereka di sana[13].

Saluran-saluran informasi yang amat berbeza yang mengekalkan identity kaum, bahasa, dan budaya masing-masing sama ada dalam pendidikan, program agama, akhbar dan persatuan-persatuan sosial.

Perhubungan antara kaum tidak begitu baik kerana wujud jurang dan prasangka yang mendalam antara satu sama lain. Tidak berlaku proses asimilasi antara kaum kerana dasar pecah dan perintah yang di amalkan oleh British[14].

Orang Melayu pula, sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka sebagai anak jati Tanah Melayu terbela. Ia banyak dizahirkan dan diperjuangkan dalam mejalah-majalah seperti Saudara, Pengasuh, Utusan Melayu, Warta Melaya dan Majlis.

Perasaan curiga juga amat menebal dalam diri setiap kaum itu sendiri dan menyebabkan mereka sukar disatukan antara satu sama lain.

 

b.     Pemisahan Tempat Tinggal.

Ia adalah kesan daripada dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh kerajaan British. Petempatan lebih bercirikan sesuatu kaum yang wujud di Tanah Melayu iaitu kaum

cina,melayu dan India. Ia memang disengajakan kerana pihak British bimbang kaum-kaum ini akan menentang mereka sekiranya wujud perpaduan diantara ketiga-tiga kaum tersebut, terutamanya dari segi politik dan ekonomi[15]

Dari segi psikologi, ketiga-tiga kaum ini rasa lebih selamat untuk membina petempatan berhampiran dengan rakan-rakan, saudara-mara sendiri terutama bagi, mendapatkan bantuan semasa kesusahan.

Kaum-kaum ini juga kurang memahami budaya, agama dan adat resam kaum-kaum lain. Ekoran itu,mereka takut untuk berada dalam satu kelompok masyarakat/kawasan temapat tinggl yang sama kerana bimbang akan mencetuskan perselisihan faham[16].

Kebanyakan orang India tinggal di kawasan perladangan, kaum cina menetap di kawasan perlombongan, pecan-pekan dan bandar dan kaum melayu dibiarkan membina petempatan di pesisir pantai, kampong dan kawasan-kawasan pedalaman.

 

1.4.2       EKONOMI

a.     Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi

Kesan dasar Pecah dan Perintah, orang melayu kekal menjadi petani dan nelayan, kaum cina digalakkan bergiat dalam sector perdagangan dan perlombongan sementara orang India mengusahakan estet-estet getah dan kelapa.

Jadi kaum-kaum ini ini berjumpa dan berurusan dalam hal-hal yang berkaitan sahaja seperti urusan jual beli dan perkhidmatan kerajaan.

 

b.     Masalah Ekonomi

Berlaku ketidakseimbangan pendapatan antara ketiga-tiga kaum dan menyebabkan mereka saling mencurigai dan cemburukan kelebihan kaum-kaum lain.

Orang melayu dan penduduk asli yang lain menguasai bidang yang mundur dan berteknologi rendah sehingga menyebabkan banyak buruh melayu tetapi pulangan/gaji terlalu rendah dan tidak menguntungkan. Ini berbeza dengan kaum-kaum lain[17].

 

1.4.3       SOSIAL

a.     Pengasingan Sistem Pendidikan

Wujud system pendidikan yang berbeza berdasarkan tiga kaum iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil.

Kaum melayu dibenarkan mendapat pendidikan di sekolah vernacular dan sekolah beraliran Inggeris. Namun, sekolah beralioran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan sahaja.

 

b.     Guru-guru Diimport Dari Negara Asal

 

sekolah cina dan Tamil, kebanyakan tenaga pengajarnya diambil dari Negara asal masing-masing dan menyebabkan perbezaan kepada sukatan pelajaran.

 

Guru-guru banyak meniup semangat cintakan Negara asal mereka dan lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan social di Negara sendiri berbanding apa yang berlaku di Tanah Melayu.

Ia menyebabkan mereka tidak mempunyai semangat cintakan Tanah Melayu dan tidak terlalu mengambil berat tentang aspek perpaduan dan pendidikan tempatan[18].

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



[1] Ruslan Zainuddin et.al.,  (2005), Kenegaraan Malaysia, Selangor: Fajar Bakti, hlm.3

[2] Ibid, hlm. 4

[3] Ibid, hlm. 5

[4] Ibid.

[5] Nazaruddin Mohd Jali dll, ( 2004) Pengajian Malaysia: Kenegaraan Dan Kewarganegaraan, Printice Hall: Selangor, hlm. 223

[6]Nota En Hussin (UTM), Masyarakat Majmuk, hlm. 128.

[7] Mahdi Shuid dll, (2005), Pra - U STPM: Sejarah Malaysia, Longman: Petaling Jaya, hlm. 100

[8] Ibid, hlm. 92

[9] Ibid, 94-95

[10] Ibid.

[11] Ibid.

[12] Ibid.

[13] Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin, (2004), Pengajian Malaysia, Fajar Bakti; Selangor, hlm. 180.

[14]Mahdi Shuid dll, (2005), Pra - U STPM: Sejarah Malaysia, hlm 102

[15] Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin, 2004, Pengajian Malaysia, hlm. 178.

[16] Ibid.

[17] Ibid, hlm. 180.

[18] Ibid, hlm.179.

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola