BAB 3:  HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

 

3.1          FAKTOR MEMPENGARUHI HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

               

3.1.1       GALAKAN KEPADA PENDUDUK BERHIJRAH

Menempatkan penduduk di satu – satu kawasan boleh menggalakkan  pergaulan dan pertembungan yang lebih kerap antara sesuatu kaum.Antara langkah yang     boleh dilakukan untuk membolehkan rakyat negara ini untuk berpindah dari kawasan petempatan tradisi masing-masing  seperti :

a.     Menyatukan perkhidmatan awam antara semua negeri di Malaysia.Pegawai kerajaan serta keluarga mereka boleh diarahkan untuk berpindah dan berkhidmat di wilayah-wilayah yang memerlukan khidmat mereka. Selain daripada itu para pegawai ini juga boleh digalakkan untuk menyertai seminar, persidangan dan program latihan di beberapa pusat bandar[1].Ini adalah untuk menggalakkan para pegawai  ini berjumpa dan berinteraksi antara satu sama lain .

b.     Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik ditempat lain[2]. Langkah ini  khusus untuk para peniaga di kawasan mundur atau di kawasan – kawasan luar bandar berhijrah ke kawasan yang lebih maju dalam usaha  untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka .

c.     Dalam bidang keselamatan pula , pasukan – pasukan keselamatan seperti tentera dan polis  dari wilayah – wilayah lain boleh dipindahkan ke wilayah – wilayah tertentu dengan tujuan untuk memenuhi keperluan keselamatan negara.

 

3.1.2       PENYERAGAMAN SISTEM PENDIDIKAN ( MELALUI DASAR – DASAR PELAJARAN )

                Semua    dasar   pelajaran   seperti   Penyata   Barnes,   Fenn–Wu,    Undang-Undang   Pelajaran   1952 ,  Penyata   Razak , Penyata    Rahman   Talib,  Dasar  Pendidikan Kebangsaan  dan  beberapa  dasar yang  lain yang  berhubung  dengan isi pendidikan berperanan  untuk  memupuk perpaduan[3]. Penyata  Razak 1956 contohnya mengemukakan cadangan untuk mewujudkan satu sistem  pendidikan  sahaja iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan[4]  yang tujuannya  adalah untuk mewujudkan hubungan etnik yang lebih erat di  Malaysia. Dasar–dasar tersebut   penting   bagi   memastikan pengasingan  yang  wujud dalam  sistem pendidikan  sebelum ini dapat  dimansuh  dan digantikan dengan sistem pendidikan yang lebih seragam dan menyeluruh [5] .

       

3.1.3       PERANAN MEDIA MASSA

 Alat–alat media massa seperti radio dan televisyen serta akhbar juga digunakan  untuk mengukuhkan hubungan etnik di negara ini . Pendedahan kepada pelbagai

berita, laporan dan dasar kerajaan akan dapat mengurangkan jurang maklumat yang wujud. Ini akan dapat mengurangkan masalah prasangka akibat pelbagai maklumat yang tidak tepat. Selain itu juga media massa penting untuk mengalihkan perhatian kaum  pendatang dari tertumpu kepada maklumat dari negara asal mereka dan  memberi perhatian kepada Tanah Melayu .

 

3.1.4       INTEGRASI EKONOMI

Integrasi ekonomi juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan hubungan etnik di negara ini. Hal ini dilaksanakan melalui dasar–dasar pembangunan  seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan beberapa dasar lagi yang tujuannya adalah untuk mengurangkan jurang ekonomi yang wujud akibat dasar yang dilaksanakan oleh  pihak British pada zaman penjajahan. Dengan terhapusnya perbezaan  fungsi ekonomi mengikut kaum, perpaduan dalam kegiatan– kegiatan ekonomi akan dapat diwujudkan[6]. Dasar-dasar ekonomi juga boleh memastikan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang selama ini sehingga mewujudkan perasaan saling mencemburui akan dapat dihapuskan [7] .

 

3.1.5       PENYATUAN  FAHAMAN POLITIK

Sistem kerajaan campuran yang terdiri dari pelbagai kaum merupakan satu lagi cara untuk menggabungkan fahaman politik antara kaum.  Perpaduan politik penting memandangkan penduduk Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Justeru itu muncul Parti Perikatan, iaitu hasil gabungan UMNO, MCA dan MIC.[8]  Ketiga– ketiga parti ini mewakili tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu  Melayu, Cina dan India.Kesan dari proses penggabungan ini telah mewujudkan kestabilan  dan perpaduan politik dan juga pembangunan negara. Bagi mengukuhkan asas perpaduan politik  negara ini struktur perikatan parti  UMNO, MCA dan MIC telah diperluaskan dengan penubuhan Barisan Nasional yang mengandungi lebih banyak parti komponen.[9]  Menerusi perpaduan politik ini maka, sebarang asas pertikaian dan pertelingkahan dapat dibenteras dan sebuah negara yang aman dan makmur dapat diwujudkan .

               

3.2          PENDEKATAN MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MALAYSIA.

Terdapat empat pendekatan utama dalam usaha untuk menyatupadukan masyarakat  Malaysia iaitu :

 

3.2.1       AKULTURASI

 

Akulturasi merupakan satu proses penyerapan budaya antara kumpulan minoriti   dan majoriti.[10] Namun demikian bukan semua aspek kehidupan yang mereka  pelajari tetapi hanyalah melibatkan aspek budaya sahaja.

Dengan kata lain, hanya aspek ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral dan akhlak, bahasa, undang- undang, adat resam dan lain-lain kemahiran yang dipelajari.[11]

Sebagai contoh, amalan pemberian sampul berisi wang (angpou) dalam masyarakat Melayu, Orang  Cina  dan  India  sudah boleh berbaju  kurung, berbaju Melayu dan berkebaya. Mereka pandai makan menggunakan tangan, makan nasi lemak,  menari tarian-tarian Melayu   seperti   Mak Yong   dan   Kuda Kepang,   menyaksikan   wayang  kulit   dan mempelajari seni silat.

Memandangkan proses ini berlaku secara berterusan maka kita dapat    membezakan antara orang Cina Malaysia dengan orang Cina dari tanah  besar China. Sama juga kita dapat membezakan antara orang India Malaysia  dan orang India dari negara India.

Walaupun mereka banyak terpengaruh dengan budaya kaum Melayu tetapi mereka masih dianggap sebagai orang Cina dan India kerana mereka masih mengekalkan identiti asal mereka.

 

3.2.2.      DIFUSI

Difusi adalah suatu proses penyebaran unsur-unsur kebudayaan dari satu individu kepada individu lain dan dari masyarakat kepada masyarakat yang lain.[12] Proses difusi terbahagi kepada dua jenis iaitu :

            a.             Difusi antara anggota dalam masyarakat (intra – society diffusion)

                    b.             Difusi antara masyarakat ( inter – society diffusion )

Terdapat beberapa faktor yang membantu kejayaan difusi di antara anggota masyarakat iaitu :

a.             Unsur baru yang disebarkan adalah berguna. Sekiranya unsur baru itu tidak berguna maka ia akan gagal untuk disebarkan. Contohnya teknologi menorah getah lebih mudah disebarkan di kampung-kampung berbanding teknologi lif. Ini kerana teknologi lif tidak berguna kepada penduduk kampung.

b.     Individu yang menyebarkan unsur baru mempunyai peranan sosial dan kedudukan tinggi. Sekiranya individu yang menyebarkan unsur baru itu kedudukan sosialnya rendah maka difusi tidak akan berjaya. Contohnya pegawai pertanian dan pegawai MARDI lebih mudah menyebarkan penemuan-penemuan teknologi baru berbanding orang awam.

c.     Peranan pihak kerajaan samada menyokong atau menyekat penyebaran       sesuatu unsur baru. Contohnya penyebaran ajaran sesat di Malaysia tidak berjaya kerana ia disekat oleh pihak kerajaan.

d.     Unsur baru yang disebarkan tidak bercanggah dengan fungsi unsur lama memudahkan kejayaan difusi. Jika disebaliknya maka difusi akan gagal.

Faktor- faktor kejayaan difusi di antara masyarakat ialah :

a.     Wujudnya   hubungan   kuat    antara    masyarakat   memudahkan   difusi ini tersebar. Tetapi sekiranya hubungan antara masyarakat lemah maka difusi tidak akan berjaya.

b.     Sekiranya unsur baru yang disebarkan berguna kepada masyarakat maka difusi akan     berjaya. Tetapi sekiranya tidak berguna maka difusi  gagal.

c.     Masyarakat yang menyebarkan unsur-unsur baru berperanan atau tidak dalam unsur-unsur yang disebarkan. Contohnya masyarakat Jepun lebih senang menyebarkan teknologi industri ke negara Asia kerana mereka memang terkenal dalam bidang tersebut.

d.     Wujudnya unsur paksaan atau tidak. Contohnya kerajaan boleh memaksa setiap penduduk membuat My-Card tetapi tidak memaksa       mereka menggunakan kad kredit.

 

 

3.2.3       ASIMILASI

 



Oval: Kelompok 
A

Asimilasi ialah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok atau individu yang berlainan kebudayaan sehingga membentuk satu kelompok  dengan kebudayaan dan identiti yang sama.Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu atau kelompok ke dalam kelompok lain.[13]




 

Asimilasi juga merupakan satu proses percampuran kumpulan-kumpulan  minoriti ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.[14]

Faktor kejayaan proses asimilasi ialah :

a.     Kelompok minoriti sanggup membuang identiti mereka dan menerima identiti kelompok majoriti. Contohnya orang Cina di  Kelantan.

b.     Kelompok     majoriti      sanggup     menerima    kelompok   minoriti     dalam kehidupan mereka. Contohnya orang Jawa di Selangor.

c.     Saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak sama. Sekiranya saiz          kelompok majoriti  lebih  besar  maka  mudahlah berlaku  asimilasi.  Jika  sebaliknya maka sukar asimilasi berlaku.

d.     Berlaku    amalgamasi   ( perkahwinan  campur )   akan   memudahkan dan mempercepatkan   proses  asimilasi.  Contohnya  perkahwinan  antara  kaum India dan Melayu.

 

3.2.4                INTEGRASI

Merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di       kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial,    ekonomi  dan  petempatan dalam sesebuah unit politik.[15] 

Proses integrasi banyak melibatkan penyatuan  aspek  fizikal, sosial,   ekonomi,  politik   serta    melibatkan    penyatuan biologikal   iaitu   perkahwinan     campur.

 

Proses    ini   lebih   menekankan   ikatan   batin    iaitu     ikatan   perasaan,  hati dan   pemikiran    sesama   manusia   yang   akan   melahirkan   identiti nasional di kalangan  pelbagai kaum di Malaysia.

Integrasi     merupakan    proses    penyatuan kelompok   yang   berlainan   latarbelakang menjadi sebuah masyarakat yang terikat dengan norma   (kebiasaan) dan nilai serta kepentingan bersama.

Keseluruhannya, proses integrasi dapat dikatakan sebagai satu proses     yang membentuk sebuah masyarakat yang hidup aman damai secara    bersama, berasa kepentingan antara satu sama lain, boleh berkerjasama     dalam pelbagai lapangan, bersedia untuk berkongsi hidup dan sentiasa     berusaha untuk mencapai kecemerlangan bersama.[16] Integrasi tidak akan berjaya sekiranya wujud perasaan kekitaan dan kesukuan dalam setiap anggota masyarakat

 

3.3          CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

3.3.1       PERPADUAN

a.             Pemasyarakatan dan pemasyarakatan semula

                Corak pemasyarakatan dan pemasyarakatan semula di kalangan      pelbagai kaum   di   Malaysia   sebelum   ini lebih  menumpu kepada budaya sendiri   sahaja. justeru usaha kerajaan   ialah  memastikan  setiap  anggota sesuatu   kelompok didedahkan dengan  seluas-luasnya kepada  cara  hidup,  keadaan   hidup, dan  masalah hidup kaum-kaum lain.[17]

Anggota–anggota setiap institusi sosial seperti pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan serta agensi-agensi formal dan tidak formal telah sama-sama menggiatkan usaha –usaha pemasyarakatan dan pemasyarakatan semula ahli-ahlinya bagi tujuan yang sama.

                                                Melalui kurikulum dan juga ko-kurikulum di sekolah dan juga universiti generasi muda dapat berdamping dengan kaum lain. Begitu juga keadaannya   dengan program Rukun Tetangga.

b.             Pengurangan identifikasi kelompok

                                                        Pengurangan identifikasi kelompok di kalangan penduduk tempatan telah digalakkan. Melalui darjah keterbukaan diri terhadap kumpulan dan budaya  lain dapat dipertingkatkan.

Sedikit sebanyak strategi yang diatur dapat dilaksanakan, di antaranya melalui pertubuhan dan juga kegiatan sukan yang melibatkan semua kaum.

c.             Pengurangan tuntutan kumpulan

                                                Ada sesetengah kumpulan kaum di negara ini yang menyuarakan tuntutan–tuntutan yang boleh menimbulkan konflik dan tidak selari dengan matlamat pembangunan negara.

Pengurangan tuntutan-tuntutan ini dilakukan sekalipun ini bererti  pengorbanan demi untuk memupuk toleransi dan hubungan yang akrab    antara kumpulan. Usaha-usaha seperti penggabungan parti-parti politik ke dalam satu badan   (seperti Barisan Nasional) merupakan di antara usaha kearah ini.[18]

d              Pengwujudan hubungan kohesif

Hubungan kohesif antara kumpulan-kumpulan etnik di negara kita dipupuk dari  semasa ke semasa bagi memastikan setiap kumpulan dapat memahami kumpulan-kumpulan lain dengan lebih mendalam.

Perlaksanaan dasar mengenai hal tertentu seperti perumahan, perniagaan dan sebagainya menggunalkan strategi yang mendorong perdampingan individu pelbagai etnik.[19]

 

3.3.2       PENGAGIHAN KEKAYAAN

Melalui Dasar Ekonomi Baru kerajaan telah mengadakan usaha-usaha ke arah memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.           

    Kerajaan bukan sahaja ingin mengurangkan jurang perbezaan pendapatan, bahkan tumpuan utamanya ialah ke arah pengurusan semula corak gunatenaga dan hakmilik agar semua kaum akan dapat menikmati faedah-faedah dari proses membangun.[20]

    Antara strategi yang telah dilaksanakan adalah seperti memodenkan kawasan luar bandar bagi meninggikan daya  pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin.  Kedua, membangunkan masyarakat  bumiputera dalam sektor perdagangan dan industri supaya setanding dengan bukan bumiputera  dalam kegiatan ekonomi moden termasuklah menambahkan hakmilik bumiputera dalam pemilikan saham dalam sektor syarikat dan yang ketiga, menyusun semula corak gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat mencerminkan susunan kaum.[21]   

Strategi perindustrian untuk menyusun semula masyarakat dalam konteks ekonomi yang berkembang memberi keutamaan kepada usaha-usaha menggalakkan tenaga buruh yang banyak, penyertaan orang-orang Melayu dan kaum bumiputera lain dalam semua peringkat pengurusan dan pengeluaran, perkongsian modal dan lain-lain kegiatan ekonomi berasaskan sumber alam tempatan, perusahaan berorientasikan eksport dan galakan penempatan perusaan-perusahaan di negeri-negeri yang kurang maju.[22]

 

3.3.3       JATI DIRI

              Jati diri bertujuan untuk mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun. Untuk itu, Malaysia membangun dengan tidak meniru negara-negara maju tetapi mengikut acuan sendiri.[23]    

 

 

 

3.3.4  IDENTITI NASIONAL 

 

              Identiti nasional bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adab, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan  mereka kepada negara.[24]   

Antara strategi yang dilaksanakan ialah program ‘citrawarna’ yang diadakan setiap tahun menonjolkan kebudayaan negeri-negeri berbeza, selain meningkatkan sektor pelancongan negara.[25]                                                                         

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



[1] Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin ( 2004 ) , Pengajian Malaysia ,  Shah Alam ,  Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd ,  hal  181.

[2] Ibid ; hal  181

[3] Ibid ; hal  182

[4] Mahdi Shuid dan Mohd Fauzi Yunus ( 2004 ) , Pengajian Malaysia , Petaling Jaya ,  Pearson Malaysia  Sdn Bhd ,   hal  94 .

[5] Mardiana  Nordin dan Hasnah Hussin , Pengajian Malaysia ,  hal  182.

[6] Malaysia Kita ,  ( 2004 ) Petaling Jaya , International Law Book Services ,  hal  470

[7] Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin , Pengajian Malaysia , hal 182 .

[8] Ibid ; hal 182 .

[9] Malayia Kita ,  hal  471.

[10] Ruslan Zainuddin et.al, ( 2005 ), Kenegaraan Malaysia , Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal.45

[11] Ibid ; hal.45

[12] Konsep – konsep Asas Sosiologi, hal.113

[13] Ibid ; hal 117

[14] Ruslan Zainuddin et.al ( 2005 ) , Kenegaraan Malaysia , Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal.44

[15] Ibid ; hal.43

[16] Ibid ; hal.45

[17] Nazaruddin Hj. Mohd Jali et. Al, (2004), Pengajian Malaysia, Petaling Jaya : Prentice Hall. Hal. 239

 

 

 

[18] Ibid.; hal. 240

[19] Ibid; hal. 240

[20] Yusof Ismail & Khayati Ibrahim, Dasar-dasar Kerajaan Malaysia , Kuala Lumpur : A.S. Nordeen. Hal

[21] Ibid ; hal. 29

[22] Ibid ; hal. 29

[23] Mardiana Nordin & Hasnah Hussein, (2004), Pengajian Malaysia , Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal. 230

[24] _______________(1997), Dasar-dasar Pembangunan  Malaysia, Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara. hal. 10

[25] Ruslan Zainudin et. Al, (2004), Kenegaraan Malaysia , Shah Alam : Fajar bakti Sdn. Bhd. hal. 323

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola