BAB 5 Perjuangan Kemerdekaan

 5.1          MALAYAN  UNION

5.1.1       LATAR BELAKANG

Penjajahan Jepun menyerah kalah pada 1945 dan dengan itu juga Perang Dunia II tamat.Tempoh di antara penyerahan kuasa Jepun dan kedatangan semula British di Tanah Melayu telah memberi kesempatan kepada Parti Komunis Malaya (PKM) melalui Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) untuk mengambil alih  kuasa pemerintahan di Tanah Melayu.

 Sejarah menunjukkan  bahawa PKM dapat menguasai  tanah Melayu selama 14 hari.  Dalam tempoh tersebut dan juga waktu selepas itu, anggota-anggotannya telah membuat kekacauan dan huru-hara. British datang  ke Tanah Melayu pada bulan September  1945.  Untuk mengembalikan keamanan. Pentadbiran Tentera British ( British Military Administration – BMA)  telah ditubuhkan.

 Dalam keadaan huru hara pemerintahan tentera dirasakan perlu.  Sistem pentadbiran tentera tersebut tidak bertahan lama. Berikutnya British telah mencadangkan sistem pentadbiran baru yang dinamakan sebagai Malayan Union  ( Kesatuan Malaya). [1]

 5.1.2       TUJUAN DIPERKENALKAN MALAYAN UNION

Parlimen Inggeris pada 10 Oktober 1945  telah membentangkan satu kertas putih yang isinya adalah mengenai matlamat British untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali sebagai Malayan Union.

 Malayan Union yang dicadangkan merupakan satu kesatuan negeri-negeri Melayu. Dalam pentadbiran ini negeri-negeri di semenanjung yang tidak pernah lagi ditadbirkan sebagai satu kesatuan, dan mempunyai cara pemerintahan tersendiri adalah ditadbirkan di bawah satu kesatuan.

Tujuan  Utama diperkenalkan Malayan Union ialah untuk mempastikan kepentingan British di Tanah Melayu terpelihara, khususnya kepentingan ekonomi.[2] Untuk tujuan ini tindakan menyeragamkan  pentadbiran di bawah satu sistem (Malayan Union  adalah perlu dengan sebab-sebab tertentu.

a.                    Melalui satu sistem pemerintahan, kos pentadbiran negeri-negeri melayu dapat dijimatkan.

b.                    British juga pernah menyatakan kononnya bahawa matlamat akhirnya ialah untuk memberikan kemerdekaan kepada negeri ini.

c.                    Selain daripada itu juga dikatakan bahawa British segaja menubuhkan  Malayan Union  kerana perasaan benci beberapa pegawai Inggeris terhadap orang Melayu yang dikatakan menyokong Jepun semasa  penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

 

5.1.3 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION

 

a.             Terdiri daripada  sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.

 

b.         Gabenor Inggeris merupakan ketua pentadbir  Malayan Union yang berpusat di Kuala  Lumpur, Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan.

 

c.         Raja-raja Melayu hanya berperanan sebagai penasihat Gabenor, sedangakan kedaulatan mereka sebagai raja di negeri mereka sendiri dihapuskan. Raja hanya berkuasa dalam soal agama Islam dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

 

d.         Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk tujuan mengurus kerajaan tempatan tetapi masih tertakluk kepada kawalan pemerintahan pusat.

 

e.         Malayan Union tidak melibatkan Singapura, Singapura masih dikekalkan sebagai tanah jajahan di bawah kuasa seorang Gabenor Jeneral British yang berkuasa ke atas Gabenor Malayan Union.

 

f.              Dari segi kerakyatan, ianya berdasarkan prinsip jus soli. Melalui prinsip ini kerakyatan  Tanah Melayu diperolehi sekiranya.

i.                  Orang asing  yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin  di Tanah  Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun sebelum 15 Febuari.

ii.                 Seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan  Malayan Union

 

g.         Hak  warganegara yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa atau asal keturunan ini termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan dan hak mengundi  dalam pilihanraya umum.

 

 

5.1.4 IMPLIKASI PENUBUHAN MALAYAN UNION

 

 TENTANGAN ORANG MELAYU

 

Rancangan  Malayan Union  mendapat bantahan.  Mereka menyuarakan bantahan melalui pelbagai cara, antaranya melalui  akhbar-akhbar Melayu seperti  Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara, menghantar surat bantahan kepada kerajaan British di London. Bantahan dilakukan secara teratur  dan secara bersama melalui persatuan-persatuan Melayu di peringkat negeri seperti mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan di seluruh Tanah Melayu.[3]

 

Pada  1 April 1946 Malayan Union ditubuhkan secara rasmi dengan Sir Edward Gent menjadi Gabenor Jeneral yang pertama.  Orang Melayu bertindak memulaukan upacara perlantikan Gabenor Malayan Union dan semua majlis yang dianjurkan oleh kerajaan British.  Sebagai tanda bantahan, orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.

 

Kongres Melayu Se Malaya kedua di Johor Bahru apda 11 Mei 1946 meluluskan pembentukan pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO) yang di beri tugas untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union, dan Dato’  Onn  bin Jaafar di pilih  menjadi yang dipertua UMNO yang pertama[4].

 5.1.5   SEBAB – SEBAB PENENTANGAN

Antara sebab-sebab penentangan Malayan Union ialah :

a.     Perlembagaan Malayan Union  digubal tanpa mengambil kira pandangan orang Melayu terlebih dahulu.  Raja-raja Melayu di beri  masa yang singkat  untuk  meneliti kandungan perjanjian Malayan Union. Mereka tidak di beri peluang berbincang dengan para pembesar  atau Majlis Mesyuarat Negeri  masing-masing.

 

b.     Persetujuan raja-raja Melayu kepada  Malayan Union dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang memerlukan raja berunding dengan  para pembesar terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan kuasa asing[5].

 

c.     Sir Harold Mac Micheal menggunakan ugutan untuk menyingkirkan mana-mana raja yang tidak bersetuju dengan  rancangan Malayan Union.  Beliau juga bersikap biadap, tidak mengetahui adat resam dan memahami bahasa Melayu serta tiada pengalaman langsung tentang Tanah Melayu.

 

d.     Malayan Union  menghapuskan  kedaulatan dan kuasa politik raja-raja Melayu.  Kuasa raja-raja hanya terbatas kepada hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.  Kehilangan kedaulatan  dan kuasa politik  bermakna raja-raja tidak lagi dapat melindungi  hak dan kepentingan orang Melayu.

 

e.     Malayan Union menawarkan syarat-syarat kerakyatan  yang longgar kepada kaum bukan Melayu.  Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warganegara boleh mengancam kedudukan politik  orang Melayu.  Terutama apabila kesetiaan kaum bukan Melalyu kepada Tanah Melayu masih lagi diragui.

 

f.      Persamaan hak  kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa mengira kaum dianggap mengancam hak dan kedudukan istimewa orang melayu.  Sebagai penduduk peribumi di Tanah Melayu, orang Melayu berasakan bahawa mereka perlu menikmati hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan kaum lain.

 

5.1.6   PENUBUHAN PARTI POLITIK 

 

a.     PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)

·         UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar. Beliau   

      merupakan presiden pertama UMNO.  Beliau memegang  jawatan  ini   

      sehingga tahun 1951.

·         Matlamat jangka pendek penubuhan parti ini ialah penentangan terhadap Malayan Union. Untuk menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan istimewa  orang Melayu dalam penentangan Malayan Union ini.

·         Anggota ini  parti ini berpegang kepada cogan kata ‘Hidup Melayu’.

·         Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai sebuah parti politik[6]. 

 

b.     ALL – MALAYA COUNCIL OF JOINT ACTION – (AMCJA)

 

·         Pada 22 Disember 1946 kaum-kaum bukan Melayu menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) bertujuan menentang perlembagaan baru yang telah dicadangkan.

·         Komponen AMCJA ialah Kongres India Malaya (MIC), Malayan People’s Anti Japanese Ex – Services  Comrades Association dan Pan Malayan  Federation of Trade Unions.

·         AMCJA diketuai oleh Tan Cheng Lock.   Perjuangan AMCJA adalah atas tiga prinsip iaitu: 

i.              Penyatuan seluruh Tanah Melayu ( termasuk Singapura)

ii.             Pemerintahan sendiri melalui sebuah Badan Perundangan Pusat dengan ahli-ahli dipilih oleh rakyat.

iii.            Hak-hak kerakyatan  yang sama bagi semua orang yang menganggap  Tanah Melayu sebagai air dan tumpuan taat setia.[7]

 

·         Ternyata    di   sini    bahawa    prinsip    yang    dikemukakan    oleh   AMCJA   

      bercanggah   dengan apa yang dikemukan oleh UMNO dan raja-raja Melayu.  

      AMCJA menolak  cadangan perlembagaan  yang telah dikemukakan  oleh  

      raja Melayu dan UMNO

 

 

c.             PUSAT TENAGA RAKYAT   ( PUTERA)

 

·         Merupakan  parti orang Melayu yang dianggap berhaluan kiri ( radikal)[8].

·         Putera adalah gabungan parti-parti berhaluan kiri iaitu  Angaktan Pemuda Insaf  (API)  pimpinan  Dr Boestamam,  Parti  Kebangsaan  Melayu   Malaya

·         (PKMM) pimpinan Dr Burhanuddin Al- Helmi, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh.

·         PUTERA telah memperjuangkan  empat prinsip iaitu:

                          i.                                                    Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi Negara.

                         ii.    Hal-ehwal luar dan pertahanan menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan Tanah Melayu dan British.

                        iii.    Perkataan “ Melayu  hendaklah digunakan sebagai nama kerakyatan atau kewarganegaraan Tanah Melayu.

                        iv.    Bendera Kebangsaan hendaklah mengandungi warna-warna kebangsaan Melayu.

·         Prinsip perjuangan PUTERA nampaknya berbeza dengan prinsip perjuangan AMCJA.  Walaubagaimanapun kedua-dua kesatuan bersepakat akhirnya.

·         AMCJA–PUTERA  menyifatkan Jawatankuasa Perundingan yang ditubuhkan oleh kerajaan British tidak mewakili kepentingan kaum bukan Melayu.  AMCJA–PUTERA menyerahkan satu cadangan perlembagaan Tanah Melayu yang mengandungi  10 perkara, tetapi ditolak oleh kerajaan British kerana dianggap  terlalu radikal[9].

 

 

5.1.7 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

 

Akibat bantahan hebat orang Melayu, Kerajaan British telah membatalkan  rancangan Malayan Union.  British sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu, usaha mereka  menubuhkan satu sistem pemerintahan baru di Tanah Melayu tidak akan berjaya. Maka pada Julai 1946 kerajaan British  telah membentuk satu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal perlembagaan baru mengantikan Malayan Union. Jawatankuasa itu dianggotai oleh empat orang wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam orang pegawai kanan British.

 

Perkara-perkara yang dicadangkan ialah :

i.          Pemulihan  kedudukan  raja-raja Melayu dengan kedaultan mereka

         dikembalikan.

ii.         Penubuhan Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri di Tanah Melayu

iii.        Syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum bukan Melayu

iv.        Jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan[10]

 

 Rangka Cadangan Perlembagaan Tanah Melayu ini telah mendapat bantahan  dari     kaum bukan Melayu melalui AMCJA.  Manakala pertubuhan politik Melayu yang tidak sealiran dengan UMNO iaitu PUTERA  turut sama menentang  rangka perlembagaan 

 

5.1.8 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Pada  bulan Januari  1948, kerajaan British  menerima cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.   Perlembagaan  ini dipersetujui  dan ditandatangani oleh sembilan orang raja Melayu  dan Pesuruhjaya Tinggi British pada 21 Januari 1948, dan berkuatkuasa mulai 1 Febuari 1948.

 

 Ciri-Ciri Perlembagaan  Persekutuan  Tanah Melayu 1948

 

1.     Mengandungi sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat, iaitu  Pulau Pinang dan Melaka. Singapura dikekalkan sebgai sebuah tanah jajahan British yang berasingan.

2.     Di Ketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan Persekutuan

3.     Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu yang ditugaskan untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis Mesyuarat Kerja Negeri di peringkat negeri yang fungsinya  sama seperti  Majlis mesyuarat Kerja Persekutuan.

4.     Jawatan Menteri Besar diwujud bagi menggantikan  jawatan Residen British dan kuasa kerjaan negeri pula ditambah termasuk kewangan, kerajaan tempatan dan kesihatan.

5.     Pemberian kerakyatan kepada orang asing menetap di Tanah Melayu setelah Perlembagaan tahun 1984 dikuatkuasakan, mereka yang dianggap sebagai warganegara Persekutuan Tanah  Melayu ialah:

a)     Semua  rakyat  raja di sebuah negeri Melayu

 

b)     Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang dan Melaka  serta menetap 

      selama 15 tahun berturut-turut di mana-mana negeri dalam Persekutuan

c)     Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan yang bapanya sendiri

     dilahirkan di Persekutuan  atau telah menetap selama 15 tahun berturut-turut.

d)     Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan dan bertutur dlam bahasa 

      Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

e)     Mereka yang dilahirkan di Persekutuan dan ibu bapanya juga dilahirkan di 

      Persekutuan dan menetap selama 15 tahun berturut-turut.

6.   Penduduk lain layak memohon menjadi warganegara dengan syarat-syarat

      berikut :

a)     Dilahirkan  di Persekutuan dan menetap selama lapan tahun dari tempoh 12 tahun atau menetap selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum permohonan  itu dibuat.

b)     Pemohon mesti berkelakuan baik, mempunyai pengetahuan dalam bahasa Melayu  atau Inggeris dan mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun[11].

 

 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

 

1.         Kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dipulihkan.  Jawatan Residen British digantikan  dengan jawatan Menteri Besar

 

2.         Orang Melayu  membuat pengorbanan besar dengan memberi kerakyatan kepada kaum imigran.  Ini bermakna kaum imigran kini boleh menikmati hak yang sama dengan orang Melayu dan mengambil bahagian dalam pemerintahan Negara.

 

3.         Orang Melayu berharap pengorbanan  yang besar ini dibalas oleh pohak kerajaan melalui usaha meninggikan taraf hidup mereka melalui peruntukan ‘kedudukan istimewa’ dalam perlembagaan, tetapi ini tidak dilakukan oleh kerajaan British

 

4.         Kaum bukan Melayu, terutama orang cina menentang penubuhan Persekutuan kerana Singapura tidak dimasukkan ke dalam Persekutuan mereka juga membantah pemberian taraf ‘kedudukan Istimewa’ kepada orang Melayu dalam perlembagaan.

 

5.         Penentangan paling hebat dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan lain-lain pertubuhan sayap kiri.  PKM berusaha merampas kuasa secara kekerasan sehingga mengakibatkan darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu pada bulan Jun 1946[12].

 

6.         Kejayaan  besar PKM ialah peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu,  Sir Henry Gurney dalam satu serangan hendap yang dilakukan di Bukit Fraser pada  6 Oktober 1951.

 

7.         Kejayaan PKM tidak berpanjangan akibat langkah-langkah kerajaan menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan, kedudukan PKM semakin lemah dan jumlah anggotannya semakin merosot

 

 

 

 

 

5.2 ANCAMAN KOMUNIS

 

5.2.1 PARTI KOMUNIS MALAYA

Matlamat komunis di Tanah Melayu ialah untuk menubuhkan sebuah negara Komunis. Ideologi komunis ini mula disebarkan di Tanah Melayu pada 1930an dan semakin berkembang pada tahun 1941-5 akibat perasaan anti Jepun.[13]Walaupun British bekerjasama dengan MPAJA dan PKM semasa pendudukan Jepun tetapi selepas tahun 1945 pihak British  enggan menerima PKM.  Sejak itu bermulalah penentangan PKM terhadap kerajaan British di Tanah Melayu

 

5.2.2 PERKEMBANGAN  SEBELUM DARURAT

Sebelum tahun 1937 sambutan orang Cina kepada PKM tidak begitu menggalakkan,namun selepas kekalahan Negara China dalam perang China-Jepun.  PKM berjaya  mempengaruhi  perasaan  anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu untuk menyokong perjuangan mereka. Dasar PKM bekerjasama dengan British semasa Perang Dunia Kedua menjadikan pengaruhnya semakin meluas.  Kerjasama dengan British  melalui Force 136 memberi PKM peluang untuk meluaskan sokongan di kalangan orang awam.

 

Selepas Perang Dunia Kedua beakhir dan sebelum British kembali semula ke Tanah Melayu.  PKM dan MPAJA keluar dari hutan  dan mengambil alih pemerintahan selama tiga minggu.  Dalam tempoh itu, tentera komunis yang dipanggil Bintang Tiga bertindak kejam untuk membalas dendam kepada penduduk tempatan yanag dituduh bersubahat atau bekerjasama dengan tentera Jepun.

 

Setelah British kembali semula memerintah, kerajaan British mengarahkan supaya MPAJA menyerahkan semua  senjata dan membubarkan pasukan gerila yang ditubuhkan semasa pendudukan Jepun. Walaupun arahan itu dipatuhi, tetapi tidak semua senjata yang diserahkan kerana sebahagian besar daripadanya  dan bekalan  makanan masih disembunyikan di hutan. Tindakan MPAJA meletakkan senjata itu lebih merupakan satu langkah simbolik untuk menggambarkan yang PKM berjuang atas landasan perlembagaan.

 

5.2.3 PENYUSUPAN KE DALAM KESATUAN SEKERJA DAN PERGERAKAN POLITIK

Selepas MPAJA  dibubarkan, PKM memulakan kegiatan subversive dengan menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja.  PKM menerima sokongan kuat daripada sebuah gabungan kesatuan sekerja yang dikenali sebagai Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). Melalui kesatuan sekerja  PKM menganjurkan mogok di seluruh Tanah Melayu[14].  Akibat tindakan mogok, banyak kerja yang tergendala dan masa kerja terbuang begitu sahaja.

 

PKM juga menyusup masuk ke dalam pergerakan politik.  Menjadi tenaga penggerak kepada usaha menyatukan golongan kiri melalui PUTERA-AMCJA untuk  menentang Malayan Union. PUTERA mewakili parti politik orang Melayu  yang berfahaman kiri dan AMCJA dikatakan  mewakili kaum bukan Melayu.  Kesemua pertubuhan di bawah naungan PKM, kecuali  MIC diresapi atau bersimpati  dengan komunis dan menjadi pertubuhan barisan hadapan PKM.

 

Gabungan PUTERA-AMCJA mengemukakan cadangan perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat pada tahun 1974.  Cadangan itu di tolak oleh kerajaan British yang meneruskan usaha menubuhkan Persekutuan Tanah melayu bagi menggantikan Malayan Union.

 

5.2.4 KEGIATAN SUBVERSIF PKM

PKM melancarkan  serangan melalui pasukan gerila yang     diketuai  Pegawai khas.   Diperingkat pusat, pegawai ini mengarahkan pegawai gerila daerah yang kemudian mengarahkan pegawai gerila di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat mukim.Setiap pasukan gerila dibahagikan  kepada unit-unit kecil  untuk menjalankan    kegiatan subversive[15]

 

Kumpulan   gerila   menjadi   anggota  utama   dalam  pasukan  bertindak PKM yang  dikenali  sebagai  Malayan Races Liberation Army (MRLA).  Pasukan bertindak ini   bertanggungjawab melakukan serangan bersenjata. MRLA bekerjasama rapat dengan Min Yuen, iaitu  orang awam Cina yang diarahkan untuk mengumpulkan maklumat penting, menyediakan bekalan ubat, menyebarkan risalah-risalah komunis, mencari bantuan kewangan  dan mengambil rekrut-rekrut baru.

 

Menjelang pengisytiharan darurat, kempen  keganasan PKM tersebar dengan meluas.  Pasukan gerila  komunis menjalankan kegiatan di kawasan ladang getah dan lombong bijih timah di pesisiran hutan belantara.  Ini bertujuan untuk membangkitkan ketakutan, kegelisahan dan perasaan tidak puas hati rakyat kepada pihak kerajaan.

 

Kejayaan terbesar PKM ialah peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British  di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dalam satu serangan hendap yang dilakukan di Bukit Fraser pada  6 Oktober 1951. Walaubagaimanapun, kejayaan PKM tidak berpanjangan akibat langkah-langkah kerajaan menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan, kedudukan PKM semakin lemah  dan jumlah anggotannya semakin merosot[16].  Pada tahun 1952, PKM memindahkan markasnya di Bentong, Pahang ke Betong di Selatan Negara Thai.   PKM juga mula mengatur strategi lain untuk meneruskan perjuangan bagi mencapai cita-citanya politiknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



AMCJA

 
 

Rajah menunjukkan  Gabungan AMCJA yang menjadi sekutu Parti Komunis Malaya

 

 

5.2.5 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KOMUNIS

 

 Mengisytiharkan Darurat

 

Menjelang pertengahan tahun 1948, keganasan  PKM semakin hebat.  Antara bulan  Oktober 1945 hingga Disember 1947, PKM melakukan 191 pembunuhan dan dalam enam bulan pertama tahun 1948, sebanyak 107 pembunuhan. Kemuncak keganasan berlaku pada 12 Jun 1948, apabila tiga orang pemimpin  Kuomintang dibunuh di Johor, dan  diikuti oleh pembunuhan tiga orang peladang Eropah  dalam masa satu hari di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun  1948.

 

Peristiwa  ini memaksa kerajaan British mengisytiharkan darurat di Sungai Siput dan beberapa tempat di Johor pada 18 Jun 1948.  Sehari selepas itu, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu dan diikuti di Singapura pada 23 Jun 1948. Setelah undang-undang Darurat dikuatkuasakan, PKM dan pertubuhan  di bawah naungannya diharamkan.

 

Darurat adalah istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk merujuk kepada kekacauan yang meletus di Tanah Melayu akibat kebangkitan komunis. Oleh itu, bermulalah secara rasmi usaha kerajaan British untuk memerangi keganasan komunis di Tanah Melayu.  PKM memulakan kegiatan secara gerila melalui gerakan ‘bawah tanah.

 

        Semasa darurat beberapa usaha telah dijalankan untuk mengatasi keganasan PKM. Antaranya ialah :

 

i.      Mengharamkan PKM melalui undang-undang darurat

ii.     Menggunakan tentera dan polis untuk menangkap sesiapa yang disyaki.

iii.    Memperkenalkan system kad pengenalan di mana rakyat yang berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar dan memiliki dokumen pengenalan diri.

iv.    Home guard di kampong-kampung telah ditubuhkan.

v.     Tentera-tentera komanwel telah dibawa masuk

vi.    Usaha-usaha menyatupadukan kaum-kaum melalui Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum

 

 Rancangan Briggs

Diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs iaitu Pengarah Gerakan menentang komunis pada tahun 1950. Rancangan diperkenalkan bertujuan untuk membanteras kegiatan komunis melalui strategi menempatkan golongan setinggan di pinggir hutan ke kampong baru dan melancarkan gerakan kelaparan.

 

                Rancangan ini bertujuan menghalang penduduk Cina daripada membekalkan  makanan dan perubatan dan memberikan maklumat kepada gerila komunis yang bersembunyi dalam hutan. Di bawah rancangan ini kampong-kampung dipinggir hutan ditempatkan semula di kawasan baharu yang dipanggil Kampung Baru yang mudah dikawal.Kampung Baru dipagar disekelilingnya dan disediakan kemudahan seperti sekolah dan pusat kesihatan.

 

Rancangan ini didapati berkesan dalam menggagalkan pembrontakan komunis kerana ia dapat melemahkan kegiatan Min Yuen dan seterusnya memaksa komunis keluar daripada hutan

 

 

 

 

 

 Rancangan Templer (Perang Saraf)

 

Sir Gerald Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas komunis dengan mengambil beberapa tindakan. Antaranya ialah :

                i.              melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang bukan melayu

ii.             memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah diri

iii.            memberi hadiah kepada mereka yang memberikan maklumat mengenai pengganas komunis

iv.            menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalakn perjuangan mereka

v.             memperkenalkan konsep perintah berkurung di kawasan-kawasan tertentu ketika tentera memburu anggota komunis

 

Sir Gerald Templer telah memperkenalkan system pembahagian wilayah kepada kawasan Hitam dan kawasan Putih. Pada tahun 1952. Kawasan Hitam ialah kawasan yang didapati giat dengan aktiviti komunis dan perlu diberi kawalan ketat oleh pihak pertahanan. Manakala kawasan Putih ialah kawasan yang selamat atau bebas daripada pengaruh komunis

 

Melalui pengisytiharan ini kegiatan gerila dapat dikawal dengan baik dan berkesan. Melaka menjadi negeri pertama yang diisytiharkan sebagai kawasan putih pada bulan September 1953. Dibawah rancangan ini juga tindakan menyekat kemasukan bekalan makanan ke kawasan  yang menjadi sarang kegiatan komunis telah dijalankan

 

 RUNDINGAN  BALING

 

Pada Pilihanraya Umum Persekutuan pertama pada bulan Julai 1955 memberi  kemenangan besar kepada Parti Perikatan.  Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi ketua Menteri Persekutuan Persekutuan Tanah Melayu. Di bawah  sistem berkerajaan sendiri.  Pemberian taraf berkerajaan sendiri mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan.  Ini menjadikan pengaruh komunis semakin merosot.

 

Tunku  Abdul Rahman berjanji untuk menamatkan darurat dengan segera.  Pada bulan September 1955, beliau menawarkan pengampunan secara beramai-ramai kepada semua pengganas komunis.  Mereka  yang menyerah diri tidak akan dikenakan sebarang tindakan oleh pihak kerajaan .Kemerosotan pengaruh komunis menyedarkan para pemimpin PKM, terutama Chin Peng bahawa perjuangan mereka tidak lagi mendapat sokongan rakyat.  Akhirnya, Chin Peng bersetuju untuk berunding dengan kerajaan.  Rundingan itu diadakan pada 28-29 Disember 1955 di Baling Kedah.

Perwakilan

Nama

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Tunku Abdul Rahman

Ketua  Menteri Singapura

David Marshall

Presiden  MCA

Tan Cheng Lock

Parti Komunis Malaya

1.     Chin Peng (setiausaha Agung)

2.     Chen Tien ( Ketua Propaganda)

3.     Rashid Mydin

      ( Ahli Jawatankuasa Pusat)

                Tokoh yang menghadiri Rundingan  Baling di Kedah pada 28-29 Disember 1955

 

Dalam rundingan  itu, Tunku meminta PKM meletakkan senjata dan menerima tawaran  pemgampunan  kerajaan.  Chin Peng menolak  permintaan itu dan sebaliknya meminta PKM  dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.  Rundingan Baling berakhir dengan kegagalan kerana kerajaan enggan tunduk dengan tuntutan PKM. Pada tahun 1960, kegiatan PKM berjaya dilumpuhkan, akibat tindakan keras kerajaan memerangi kegiatan Komunis.  Pada 31 Julai 1960, darurat diisytiharkan tamat secara rasmi.  Sepanjang tempoh darurat, seramai 6398 orang anggota PKM dibunuh, 1245 di tawan dan 1938 menyerah diri[17].

    Jawatan dalam Parti Komunis Malaya

       Hadiah Wang Tunai

1.   Setiausaha Agung (Chin Peng)

$ 250 000

2.   Ahli Biro Politik

$ 200 000

3.   Ahli Jawatankuasa Pusat

$150 000

4.   Ahli Jawatankuasa Negeri dan Daerah

$120 000

5.   Anggota Biasa

$2500-$2000

                       

                          Tawaran  hadiah wang tunai atas penangkapan atau pemberian maklumat

                                               tentang pengganas  Komunis semasa darurat.

 

5.3          PERUNDINGAN  KEMERDEKAAN

 

Pada bulan Ogos 1955 Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin Parti Perikatan menghantar satu memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British di London untuk  menrundingkan soal kemerdekaan  Tanah Melayu. Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British.  Alan Lennox-Boyd.  Dalam memorandum itu, Parti Perikatan meminta dua perkara iaitu:

i.     Pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin

ii.    Penubuhan  sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal   

         perlembagaan baharu Tanah Melayu.

 

                Raja-raja Melayu memberi persetujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan usaha  ke arah kemerdekaan. Mereka juga meminta supaya rundingan kemerdekaan tidak diadakan dengan wakil-wakil parti perikatan sahaja, tetapi turut melibatkan wakil raja-raja Melayu. Pada  bulan November 1955, wakil raja-raja Melayu  dan parti Perikatan berunding terlebih dahulu untuk mencapai  kata sepakat tentang beberapa perkara asas seperti:      

i.      Kawalan Kewangan

ii.     Perlantikan rakyat tempatan utnuk mengetui jabatan-jabatan kerajaan

iii.    Keselamatan dalam negeri dan penggubalan perlembagaan .

 

Dalam rundingan itu, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan tidak akan terjejas selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pada 1 Januari 1956,  Rombongan Kemerdekaan bertolak ke London.  Rombongan itu terdiri daripada empat orang wakil raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan.   Rombongan itu bertolak ke London dengan tujuan untuk berunding dengan kerajaan British bagi mendapat kemerdekaan Tanah Melayu.

 

 

 

 

 

 

                                  Nama

Jawatan

i.      Dato’ Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (Ketua)   Dato’ Panglima Bukit Gantang).

ii.     Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmud

iii.    Dato’ Muhammad Seth bin Muhammad Said

iv.    Abdul Aziz bin Haji Abdul  Majid

  Menteri Besar Perak

 

  Menteri Besar Kelantan

  Menteri Besar Johor

 

Menteri Besar Selangor

  Abdul Kadir bin Shamsuddin selaku Setiausaha

 rombongan

Rajah:  Wakil raja-raja Melayu  dalam Rombongan Kemerdekaan,  1956

 

                 Rundingan kemerdekaan  Tanah Melayu di London dipengerusikan oleh Setiausaha    Negara   bagi  Tanah   Jajahan   British, Alan   Lennoxz  Boyd.  Rundingan   itu yang      diadakan   mulai    18   Januari   hingga 8 Febuari  1956 berjaya mencapai beberapa    persetujuan iaitu:

Kerajaan British bersetuju  memberi  kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.  Selepas merdeka, Tanah Melayu akan terus kekal dalam lingkungan komanwel dengan mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi.

 

a)     Rakyat tempatan akan mengambil alih jawatan-jawatan penting seperti Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan.

 

b)     Pihak British dibenarkan untuk menempatan tenteranya di Tanah Melayu.

 

c)     Sebuah badan bebas dibentuk bagi menggubal perlembagaan baharu Tanah Melayu.

 

Nama

Jawatan

1.     Tunku Abdul Rahman Putra (Ketua)

2.     Dato’  Abdul Razak bin Dato’ Hussien

3.     Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman

4.     Kolonel Hau Shek Lee (H.S.Lee)

  Ketua Menteri

  Menteri Pelajaran

  Menteri Tanah dan Galian

  Menteri Pengangkutan

    T.H. Tan  ( Setiausaha Parti Perikatan)

selaku Setiausaha Rombongan

 

 

 

 

                

 

 

 

 

Rajah:  Wakil Parti Perikatan dalam Rombongan Kemerdekaan 1956

Suruhanjaya Reid

Pada bulan 1956, sebuah suruhanjaya dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya itu dinamakan Suruhanjaya Reid dengan dipengerusikan oleh Lord Reid dan dianggotai (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya Reid membuat beberapa tinjauan untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak, iaitu orang perseorangan, pertubuhan politik, kesatuan sekerja dan persatuan yang mewakili kepentingan golongan tertentu dalam masyarakat.

Suruhanjaya itu juga menerima 131 memorandum secara bertulis daripada pelbagai pihak, termasuk memorandum Parti Perikatan dan raja-raja Melayu. Memorandum Perikatan merupakan satu bentuk pakatan murni, hasil rundingan dan tolak ansur antara UMNO, MCA dengan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu.`Pakatan murni’ itu mengandungi dua perkara penting, iaitu mengekalkan empat unsur tradisional dalam perlembagaan – bahasa Melayu, agama Islam, institusi beraja dan kedudukan istimewa orang Melayu serta hak untuk menjadi warganegara berasaskan prinsip jus soli kepada kaum bukan Melayu.

                Suruhanjaya Reid mengadakan 118 mesyuarat antara bulan Jun sehingga Oktober 1956 untuk mengkaji dan mengambil kira pandangan serta maklum balas daripada semua pihak. Pada bulan Mei 1957, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan yang terdiri daripada 11 orang ahli untuk menyemak dan mengkaji Laporan Reid.

SURUHANJAYA REID

 
       







 

 

 

 


 

 











Pengerusi:

Lord Reid (Britain)

 

Ahli-ahli Suruhanjaya:

Sir Ivor Jennings (Britain)

Sir William McKell (Australia)

Hakim B. Malik (India)

Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

 

Mengubal satu perlembagaan baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


                                      Rajah:  Keanggotaan dan bidang tugas Suruhanjaya Reid

Ciri-Ciri Perlembagaan, 1957.

 

1.  Terdapat empat ciri utama dalam struktur kerajaan yang dicadangkan, iaitu:

 

         a)    Ketua   Negara   bagi Persekutuan  Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong   

                yang     dipilih   daripada   kalangan   sembilan   orang   raja   Melayu.   Baginda    

                memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun.

 

      b)   Ketua   kerajaan   bagi   Persekutuan Tanah Melayu ialah Perdana Menteri yang  

            dilantik   di   kalangan  parti   yang  mempunyai   suara   terbanyak dalam Dewan    

            Rakyat.   Perdana  Menteri  akan    menubuhkan   Kabinet  yang   menjadi badan  

            tertinggi dalam mengubal dasar-dasar kerajaan.

 

     c)    Sebuah badan perundangan di peringkat persekutuan, iaitu Parlimen yang terdiri  

            daripada  Dewan  Rakyat  dan  Dewan  Negara.  Dewan Rakyat mempunyai 104           

            orang  ahli  yang  dipilih  melalui  pilihan  raya  untuk  tempoh selama lima tahun.   

            Dewan  Negara mengandungi 38 orang ahli dan mereka berkhidmatenam tahun.

       

     d)   Ketua  perlembagaan di peringkat negeri  ialah  raja  atau  gabenor. Setiap negeri  

           mempunyai  Majlis  Undangan  Negeri  yang   dipilih   melalui   pilihanraya   untuk   

           tempoh  lima tahun. Pentadbiran negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar atau   

           Ketua Menteri.

 

2.   Pemberian taraf kewarganegaraan dibuat berasaskan perkara-perkara berikut:

     

      a)  Mereka  yang  telah  menjadi   warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka.

     

      b)  Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada  atau selepas Hari Merdeka.

     

      c)   Mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di Persekutuan dan telah  

            bermastautin  selama  lima  daripada  tujuh  tahun yang  terdahulu, boleh  

            bertutur   dalam bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.

   

     d)   Mereka yang    berumur 21  tahun   ke   atas yang dilahirkan di luar Persekutuan,

           tetapi  telah  bermastautin  selama lapan daripada 12 tahun yang terdahulu, dan  

           boleh  bertutur  dalam  bahasa Melayu  serta  mengangkat  sumpah  taat   setia.

 

      e)   Pemilikan dua kerakyatan tidak dibenarkan, kecuali bagi mereka yang memiliki 

            kerakyatan Komenwel.

 

3.   Peruntukan tentang bahasa, iaitu:

 

      a)  Bahasa  Melayu  dijadikan  bahasa  kebangsaan di Tanah Melayu. Pembelajaran  

           dan penggunaan bahasa-bahasa asing yang lain secara umumnya tidak dilarang.

 

      b) Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Undangan  

          dan  mahkamah  atau  lain-lain  urusan  rasmi   dalam  tempoh  10  tahun  selepas 

          merdeka.

 

4.  Terdapat dua peruntukan lain yang berhubung dengan agama Islam dan kedudukan  

      istimewa orang Melayu, iaitu:

 

a)     Agama  Islam  dijadikan  agama  rasmi  Persekutuan,  tetapi  agama-agama  lain 

            Boleh  diamalkan   dengan   bebas di  mana-mana  tempat dalam   Persekutuan.

    

      b)   Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin oleh perlembagaan, iaitu berhubung   

            dengan   pemberian  tanah  di  kawasan simpanan,  kuota  dalam  perkhidmatan 

            awam dan  perkhidmatan   lain  serta   keutamaan   dalam  pemberian  biasiswa,   

            lessen perniagaan dan lain-lain bantuan kerajaan[18].

 

PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN

 

Perjanjian  Persekutuan  Tanah Melayu ditandatangani oleh raja-raja Melayu dan Persuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGallivry di King’s House, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957. Perjanjian  itu mengekalkan sebahagian besar struktur Perjanjian Persekutuan, 1948 dengan kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan, pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri[19].

                Pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor sebagai menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.Pada pagi 31 Ogos 1957di Stadium Merdeka, wakil Ratu Elizabeth II menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Pertama. Tunku  kemudiannya melaungkan perkataan ‘merdeka’ sebanyak tiga kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang  hadir di stadium itu.

 

Upacara bersejarah ini disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad, kesemua raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan asing.  Pada hari yang sama, kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama diumumkan.[20]

KEMERDEKAAN

31 Ogos 1957

 
                                                                                                                                                                        

 

                                                                                                                                                                                               

 



 

                         Rajah:  Langkah-langkah menuju kemerdekaan

 

KESIMPULAN

Negara menghadapi dugaan yang begitu besar. Malayan Union yang diperkenalkan oleh British mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu.  Berikutan dengan tentangan tersebut, Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam masa yang sama ancaman komunis yang ganas dapat ditumpaskan. Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1948 ditamatkan pada tahun 1960. Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan yang penting dalam usaha negara mencapai kemerdekaan.

 

 



[1] Nazaruddin  Hj. Mohd Jali et- al (2004), Pengajian Malaysia Kenegaraan dan kewarganegaraan Edisi  kedua.Selangor. Prentice Hall.hal 40.

[2] Hal. 40

[3] Pada bulan Mac 1946, Persatuan Melayu Selangor menganjurkan Kongres Melayu Se Malaya di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.  Kongres ini yang dihadiri oleh wakil 42 buah pertubuhan Melayu bersetuju menyatukan kesemua persatuan Melayu negeri untuk menentang Malayan Union secara berkumpulan.

[4] Ruslan Zainuddin  et- al (2004), Kenegaraan dan kewarganegaraan. Selangor. Fajar Bakti..hal 142

 

[5] Perkara ini ada disebut dalam perlembagaan  negeri Johor.

[6] Mardiana Nordin et-al (2004) Pengajian Malaysia. Selangor.  Fajar Bakti. Hal 142

[7] Nazaruddin  Hj. Mohd Jali et- al (2004), Pengajian Malaysia Kenegaraan dan kewarganegaraan Edisi  kedua.Selangor. Prentice Hall.hal 45

[8] Dikatakan  PUTERA banyak dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya hal. 45

 

 

[9] Ruslan Zainuddin  et- al (2004), Kenegaraan dan kewarganegaraan. Selangor. Fajar Bakti..hal 145.

 

 

[10] Ruslan Zainuddin  et- al (2004), Kenegaraan dan kewarganegaraan. Selangor. Fajar Bakti..hal 145.

 

[11] Ruslan Zainuddin  et- al (2004), Kenegaraan dan kewarganegaraan. Selangor. Fajar Bakti..hal 146.

 

 

[12]  Hal 146 - 147

[13] Perasaan anti Jepun ini tersebar dengan meluas dan bersatu di bawah satu pertubuhan yang dinamakan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang dinaungi oleh PKM. Hal 150.

[14] Antara mogok terbesar yang pernah dianjurkan oleh PKM adalah di Lombong  Batu Arang, Selangor pada tahun 1935 yang melibatkan 6000 orang pekerja hal 145.

[15] Pada tahun 1948, unit kecil ini berjumlah 12 000 orang dengan 60 peratus daripada mereka mendapat latihan di hutan belantara. Ruslan Zainuddin et.al. Hal 152.

[16] Daripada 12 5000 orang anggota pasukan gerila pada tahun1948, bilangan itu menurun kepada 7000 orang pada tahun 1951 dan tinggal sekitar 5000 orang sahaja pada tahun 1957.  Kegiatan subversive PKM juga berkurangan daripada 450 hingga 500  serangan sebulan  antara tahun 1950-1 kepada 100 serangan sebulan pada awal tahun 1953. Ruslan Zainuddin et.al. 153.

[17] Ruslan Zainuddin  et- al (2004), Kenegaraan dan kewarganegaraan. Selangor. Fajar Bakti..hal 154.

 

[18] Ruslan Zainuddin  et- al (2004), Kenegaraan dan kewarganegaraan. Selangor. Fajar Bakti..hal 160-163.

[19] Menteri Besar sebagai ketua eksekutif negeri, kuasa eksekutif dan perundangan, kuasa kewangan yang dipegang oleh kerajaan persekutuan dan lain-lain kuasa berkaitan pemerintahan.

[20] Ruslan Zainuddin  et- al (2004), Kenegaraan dan kewarganegaraan. Selangor. Fajar Bakti..hal 164

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola